Wednesday 30 October 2013

Aisy demam, mama panic

Hari Isnin lepas balik dari nursery, teacher aisy cakap..Badan Aisy dedar hari tu..Kebetulan masa tu ayah saya datang rumah dari kedah..So adala teman..En.suami outstation seminggu.Bila magrib ja cek suhu Aisy dah start demam suhu 37.5.Lepas lap-lap badan n bagi makan ubat..Aisy terus tidur..Bangun esoknya dedar je badan tak demam dah...


Semalam, Selasa..Sama juga balik dari nursery dedar je badan..Lepas magrib saya dan aisy keluar hantar ayah saya di stesen bas.Ayah dah nak balik kedah ...Masa on the way balik tu Aisy dah tertidur dalam kereta..Masa nak angkat tu rasa macam panas je badan dia..Aisy sambung tidur kat rumah. Tiba-tiba dengar dia terjaga merengek-rengek..Dia nak menepek ja dengan saya..Masa tu saya tengah masak bubur kat dapur..Jadi saya bawa Aisy tidur kat ruang tamu..

Lepas dah settle masa cek suhu Aisy tengok suhu 38.9..Terkejut biawak sekejab..Tak pernah lagi handle aisy demam panas sorang-sorang..Handphone pulak trtinggal dalam kereta nak mengadu kat en.suami..Double panic... Terus buka baju Aisy..Tampal cook fever..Lap satu badan..Masuk ubat kat bontot tu..1st time kot..Sebelum ni en.suami yang handle..Saya tak berani..Lebih pada tak sampai hati nak cucuk montot anak..Alhamdulillah berjaya jugak masuk ubat tu dalam takut-takut..

Masa nak tukar pampers sempat pulak aisy pancut kat mama..Dah kelam kabut tukar baju dan cuci kencing Aisy dan mamanya sekali..haha..Kalau ingat balik kelam kabut sangat..Aisy biasanya kalau demam memang nak melekat je dengan saya..Lepas dah settle semua bawa dia keluar tengok tv sampai pukul 12 malam baru dia macam lali nak tidur tu baru bawa masuk bilik..

Alhamdulillah..Dalam sorang-sorang..Dalam kelam kabut..Berjaya juga manage anak demam panas sorang-sorang..Syukur sangat dalam pada cari cool fever yang saya ingatkan dah habis rupanya ada terselit baki lagi satu dalam bakul..Dalam tercari-cari ubat bontot ingat dah buang hari tu elok pulak terpampang kat tepi peti ais..Banyak yang ALLAH tolong..Syukur Syukur..Sebelum ni ada en.suami tak da la nak panic ke apa..Habis tak pun start kereta bawa gi hospital je..Ni dah sorang-sorang dengan lewat malamnya..Tuhan je yang tau perasaan waktu..

Now i realise, Allah uji setimpal dengan kemampuan untuk kita hadapi sesuatu ujian..Alhamdulillah..

Friday 25 October 2013

Pergi i-kidz icity kali ke-2 part 2


Benda ni pusing-pusing ..Jadi takut Aisy terjatuh..mama aisy pun ikut pusing daa..


Dah besar dah anak mama...


Aisy pandang kemana tu??Tengok aweek cun ka..


Abaikan mama aisy yang mok mok ituuu~


Ok mama yang over...


Nangis sebab gigih nak main sudu dengan makanan yang bawa masuk dalam tu..
Bila mama mintak mula la emosi..hihi


Lepas pergi i-city tu ..Singgah kejab dekat Sunway Pyramid,.
Lama tak datang sini..Dulu masa zaman bercinta selalu le ngedate kat sini...

Eh! Mama aisy pun join main beda alah ni...RM4 jer mama n anak..

Thursday 24 October 2013

14 Month: Muhammad Aisy Iskandar



  • Dah stabil berjalan sendiri..Kadang-kdang berlari oiii..haha..
  • Nak berjalan tanpa dipegang..Action!
  • Kalau tak nak sesuatu Aisy akan cakap "TANAK" sambil geleng kepala..
  • Gigi dah ada 7..Atas 4 , Bawah 3..On the way nak tumbuh lagi satu kat bawah..
  • Pandai salam cium tangan dan bye bye sambil cakap "TATA"
  • Kalau nak sesuatu sebut "NAK" sambil tangan tunjuk nak apa..
  • Dah boleh faham arahan mudah ..Contoh: Aisy tengah main remote tv..Saya mintak "Aisy bagi mama remote tv"..Aisy akan bagi..Tolong mama kemas toys..Aisy pun kutip n campak mainan masuk kotak..
  • Suka minum air masak guna straw
  • Kalau tak dapat sesuatu, mula la menangis mintak simpati
  • Dah excited nak balik dari nursery..Kalau tak bukan main susah nak balik dari nursery
  • Manja
  • Kalau nak tidur mesti nak ada papa n mama kalau dia tau dua-dua ada kat rumah..
  • Dah mula memanjat oi..hihi..
  • Banyak akal..Ada ja idea dia nak main..Contoh: Campak semua barang bawah sofa..Lepas tu usaha sedaya upaya nak ambil balik sampai tertongeng-tongeng..Contoh II: Kalau papa larang pergi dapur..Senyap-senyap ja dia pergi sambil jenguk-jenguk kat papa nak tengok papa datang ambil tak..Bila papa datang apa lagi tergedik-gedikla menjerit sambil terangkat kaki-kaki..haha..Lawak!
  • Lately ni peel tidur Aisy dah berubah..Aisy akan trtidur dalam kereta sampai angkat masuk rumah lepas balik dari nursery..Masuk Isyak ja dia dah bangun..Mula-mula nangis dulu..Bila nak tidurkan dia dah tak nak dah..nak ajak keluar bilik main..
  • Kalau dengar lagu favourite..Badan tu henjut-henjut sambil tepuk tangan ..Kemain!
  • Dah tau kalau keluar mesti nak pakai sandle..Nampak ja saya pegang sandle/kasut..Aisy dah hulurkan kaki dia dulu..*Kuat berjalan ni..
Cepatnya masa berlalu..Mama rindu bau baby..Aisy nak adik tak?? eh!

Lunch di Tat Nasi Ayam di Seksyen 15 Bangi


Hari ni lunch di Restoran Tat Nasi Ayam..
Dah lama dok ulang lalu kat sini..Tapi tak pernah singgah pun.
Restoran ni berdekatan dengan Petronas kat Seksyen 15 Bangi dan Jaya Grocer..
Kalau lalu tepi jalan tu pun boleh nampak..

Harga nasi ayam RM6.00..
So far bagi saya nasi dan ayam dia oklah sedap..
Ayam tu ada rasa garing sikit..Sos pun ok..Kira tak mengecewakan la..
Air saya order kasturi asam boi RM3.50..
Ada set untuk 2 orang RM16..
Dapat nasi ayam 2 set dan air buah-buah RM3.50
(Untung RM1.50 kalau order set)hihi..
ada Nasi Ayam Special jugak RM9..Kenapa special??
Sebab double nasi dan double ayam..gitu..!

Kalau tak silap Tat Nasi ayam ni banyak cawangan..
Kat hometown kedah nun pun ada banyak resotran ni..
Sila lah google yer..  

Wednesday 23 October 2013

Pergi I-kidz World I-City kali ke-2



Ni cerita 3 minggu lepas ni..Fikir-fikir nak bawa Aisy pergi mana..
Last-last bawa pergi I-city lagi sebab kan hari tu ada daftar membership kan..
Jadi adalah rugi kalau tak pergi..hihi..Kali ni pergi ramai orang dari sebelum ni..
Adakah sebab terbaca kat blog mama Aisy?! puiiii..
*Memang tak arr kan*..haha..





Aisy excited betul main benda ni..Jalan-jalan kejab dah dia datang balik kat mainan kuda ni..Tengok la aksi kat atas n bawah ni..Betapa excitednya anak mama ni..Gigit kangg!
\

Pergi kali ke 2 ni lepak kejab je..Macam bosan plak kitorang laki bini kat sini..haha..1st time dulu yerla excited..Aisy pun lebih tertarik kat Sudu garpu n beg yang bawa time tu..Grrr! Sabar je la nak..Kajang-Shah Alam boleh tahan jauhnya punnn. Gambar banyak lagi kat hp en.suami..nanti sambung part 2..daaaaaa..

Eh lupa nak bagitau..Masa datang ni..Tempat ni buka lewat 30-40 minit..Tulis buka pukul 1pm..Sekali 140pm baru buka..Ramai tengok parent datang dukung anak tunggu kat luar..Termasuklah kami satu family..Dah la tengah hari dengan panas membahangnya..sabar je la...

Sunday 20 October 2013

Kena sedia syiling


Sekarang kalau pergi jalan2 shopping complex  mesti kena sedia duit syiling.. Sebab Aisy dah pandai request nak main..Aisy akan tunjuk - tunjuk mainan tu bila dia nak main or bila dia nampak ada mainan tu masa tgh2 jln.. 

Dulu masa Aisy kecil lagi, mama dan papa excited nak tengok Aisy main..Bila letak kat mainan tu aisy buat tak tau je.. tak da perasaan...tapi cer sekarang kalau letak, bermimpi la aisy nak lepas mainan tu.. haha.. 


Tengok tu penuh perasaan main..Tu yang wajib sedia syiling sekarang..apepun mama n papa happy bila Aisy enjoy main.. tapi bila dah sampai tak  nak balik tu pitam juga nak memujuk yer.. hihi

Wednesday 16 October 2013

Cerita Raya Haji 2013

Alhamdulillah, tahun ni dua-dua raya boleh balik..Tapi petang raya haji dah balik kl balik..Ok la dapat gak merasa raya kat kampung.. Awal pagi raya lepas sembahyang raya makan mee kuah mama masak, ketupat dan serunding..Lepas makan baru gerak pergi rumah tok..Lepak rumah tok sampai tengah hari..Lepas lunch bertolak balik kampung sebelah en.suami..Sampai sana dalam pukul 4 ptg..Sempat pergi rumah mak chak, mak dak, mak ngah dan rumah mak su.Semua rumah dekat-dekat je..Sempat pergi semua.....Lepas magrib terus bertolak balik..


Tema: Yellow, Gold, Orange 
*Mix!


Aisy salam tok dan wan..


Adik saya pun ikut balik sekali..Kakak je tak balik sebab cuti sehari jer..


Bergambar dengan tok dan wan..


Family Photo- Aidiladha 2013

Tuesday 15 October 2013

salam aidiladha 2013



Sunday 13 October 2013

Aisy vs handphone

Aisy dah handphone mmg tak boleh dipisahkan.
Memang suka sangat dia main hp. 
Dulu-dulu mmg dia pegang hp tu sambil gerakkan jari kat screen hp. 
*Touch screen katanya
Tapi kena make sure hp tu menyala tak boleh lock.
Kalau tak Aisy akan menyebai *bahasa kedah dik non! 
Sekarang dah pandai letak hp kat telinga sambil mulut cakap2.
 Tapi sepatah apa pun mama tak faham nak. hihi. 
Kadang-kadang terdengar jugak bunyi "eooo" = hello..

Lawak ja tengok Aisy..Action macam orang besar dah.

                         eooooooo..Aisy speaking..


       Pegang hp terbalik daaa aisy~haha

Thursday 10 October 2013

Aisy Demam & Batuk lagi

Aisy dah batuk 2 hari..Memang kejab-kejab dia jaga dari tidur sebab batuk..Lepas tu nangis-nangis..Nampak sangat dia tak selesa..Tapi cek masa tu tak demam pun..Cuma dedar ja..

Esoknya Aisy pergi nursery macam biasa..Masa ambil Aisy petang tu nampak Aisy macam tak bermaya..Teacher dia bagitau Aisy tak lalu makan hari tu..Masuk kereta terus cek suhu..Masa cek tu 37.4 kira baru nak demam *Eh! termometer tu sentiasa ada dalam handbag ok..mak-mak sangat!* ..hihi....Roger la en.suami cakap aisy nak demam..Terus en.suami ajak pergi klinik..Padahal dia tengah kerja tu..Anak punya pasal...hihi...En.suami suruh tunggu kat parking rumah ja..Dia on the way nak balik..

Masa sampai kat parking rumah cek lagi suhu..Suhu dah naik 38..En.suami sampai ja terus pecut pergi KPJ..Sebab Aisy baru je demam last month..Kerap betul dia demam..Last month tu pergi KPMC..Kali ni nak try p KPJ pulak..Tengok ubat apa la pulak dapat..Sekali dapat dr. yang siap kena suruh cek tekak ada bengkak ke tak baru nak cek..Kalau tak ..Haremmmm~ Grrr! kat KPJ suhu dah 38.4..

Balik rumah memang Aisy dah tertidur dalam kereta..Kejutkan juga sebab nak bagi makan ubat, nak lap-lap badan n tukar baju..Lepas tu terus dia tak leh nak tidur..Bila dah terlelap kejab..Saya gerak ja dia pun bangun sama..Last-last bawa keluar tengok tv sambil berpelukan..Nak menepek je demam2 ni...Kesian nengok..

En.suami lari pergi kerja balik..Pukul 9 camtu baru kitorang masuk tidur..Dengan mama aisy pun tidur sekali sampai ke pagi..Pukul 11 malam papa aisy balik pun dah tak sedar..Dah tengah malam aisy terjaga batuk..en.suami tolong handle pulak.Bagi peluang mama membuta..Thanks yaa en.suami..

 

Aisy nampak tak larat sangat


Pagi ni alhamdulillah..Aisy dah tak demam..Tapi still batuk..Hantar jugak pergi nursery..Harap-harap Aisy baik batuk..Nak balik kampung raya haji ni...Aisy tak sihat mama n papa pun tak mood nak raya..hihi....

Monday 7 October 2013

Santai Sabtu di Putrajaya


Hari sabtu tu bawa aisy jalan-jalan taman.
 Konon nak join senam robik kat presint 9.
Sampai-sampai ja dah habis..
 Tak sampat  pun sebab pukul 9 baru gerak dari rumah.

En.suami perli tak sudah oii..
Sebab dah semangat ni suruh dia tolong jaga aisy..
Saya nak senam robik..puiiii! Sekali tak jadi ko~
 Daripada nak buang lemak terus ternak lemak.

Kami breakfast dulu di food court presint 9
Pada saya menu special kat sini..Lempeng kelapa, Nasi lemak rm1, Nasi dagang..Roti canai.
Masa ni order lempeng kelapa ..Makan dengan sambal ikan bilis ..
Makan panas2 memang terbaik..

 Roger bff syida suruh dia datang.
Lepak kejab barulah bawa aisy jalan-jalan di taman putra perdana putrajaya,
Kat sini sesuai untuk joging dan bawa anak-anak sebab ada playground.
 Eh nak buat photoshoot kawin pun boleh..


Aisy happy dapat jalan-jalan..

Happy weekend yaa~

Saturday 5 October 2013

Aisy pergi fun fair


Fun fair ni sekangkang kera je dengan rumah..kebetulan hari tu aisy tidur lambat. Lepas en.suami balik kerja pukul 11pm baru pergi. Saja nak bawa aisy jenjalan fun fair. Setiap mainan minimum rm4 = 2 token sorang. Pergh! boleh tahan harganya. Dulu2 rm 1 jer pun.

Bawa aisy naik ketapi bergerak. Budak setahun mcm aisy pun kena charge rm4. Grrrr! Demi anak.ku relakan je.hihi.. Meriah ramai orang. Mainan pun boleh tahan banyak. Ok la. 

LOKASI: sebelah maybank kajang prima.


Meriah ja tengok lampu lip lap lip lap..


On the way nak balik.. Aisy dah mengantuk..
Dah pukul 12 pagi waktu ni..


Mula-mula je Aisy excited..Bila dah banyak kali pusing Aisy nak nangis dah nak papa dia..Choi~

Wednesday 2 October 2013

Aisy yang memahami

2 hari ni memang direct tidur lambat setiap malam..Pukul 12am baru dapat masuk tidur.. Sambil-sambil siapkan kerja rumah..Sambil-sambil layan tv..hihi.. 

Semalam memang tidur nyenyak sangat... Bangun pukul 4 pagi buat susu aisy..Terus sambung tidur.. papa Aisy kejut nak pergi kerja pukul 6 pagi pun saya boleh sambung tidur. Letih bebenor gamaknya..

Saya terjaga sebab tiba-tiba rasa Aisy lentokkan kepala kat perut sambil hisap jari..Saya buat-buat tidur nak tengok keletah dia.. Dia tengok ja arah saya..Tapi mulut diam ja sambil hisap jari..Tak bunyi suara pun.. Sampai la saya bagi salam kat dia..Baru la Aisy sebut "mamama".Pangil mama ler tu.... alololo..

sayu pulak rasa hati..Macam Aisy bagi peluang mama tidur dulu..Langsung tak kacau.. Mungkin Aisy faham mamanya letih kot..haha.. Sayang anak mama.. Sejuk hati mama nak.. Eh tapi kalau dah lama sangat mamanya membuta dikejutkan jugak..haha....

Wordless Wednesday

Aisy yang keletihan..

Tuesday 1 October 2013

JJCM @ Restoran My Rice

1st time makan di Restoran My Rice ni..Masa ni Lunch dengan officemate tempat kerja lama..Kak Siti..kami order Nasi Arab Damsyik Kambing..Sedap sangat..Kambing tu sangat lembut dan juicy..Nasi pulak cukup rasa rempah ratusnya..wah.!! Nasi ni portion dia besar sangat. makan kongsi dengan kak siti je.sepinggan RM14.90..Kalau ayam RM13.90..Macam-macam menu ada kat sini..Antaranya Nasi Arab Mandy, Nasi Arab Saudi dan Nasi Ayam pun ada..Nanti nak try nasi arab lain pulak..

Restoran ni terletak di Seksyen 8 Bangi (Sebaris dengan Tutti Fruti & MFC Chicken).
No. A-3A, Seri Bangi 
Jalan 8/35 , Seksyen 8
Bandar Baru Bangi 
Selangor
- See more at: http://hazmanfadzil.com/2012/05/21/nasi-arab-damsyik-restoran-my-rice-bandar-baru-bangi/#sthash.f8kbDAWp.dpuf


Macam ni la rupa nasi arab tu..Eh gambar ni dah makan separuh tau..Baru ingat nak snap gambar..haha..


Ni la kak siti..Dia yang ganti tempat saya kat office lama..Walaupun baru kenal tapi dah macam serasi bersama gitu..Sampai sekarang ni pun selalu je lunch sama dengan dia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015