Tuesday 19 July 2016

Salam Aidilfitri 2016

Selamat hari raya...Maaf Zahir dan Batin...Tahun ni giliran  en.suami kerja di hari raya..so kami balik kampung awal 5 hari sebelum raya..sebab sehari sebelum raya en.suami dah kena kerja..Balik kampung awal dapatla merasa berbuka puasa dengan family..Dapat merasa pergi bazar kat kampung...dapat berbuka dgn lauk mama mak masak...heaven sugguh..hihi

Tahun ni kakak beraya dengan mertua..So kami berempat je..mama, ayah, adik dan saya..
Macam biasa..lepas sembahyang raya terus ke rumah tok berkumpul kat sana..Duduk sana seharian melayan tetamu..Sebab tok dah tak larat so anak-anak kena gilir-gilir jaga tok..

 

Bergambar selepas sembahyang raya..
 

Kesayangan..
 

Aisy dapat duit raya dari wan..Salam cium tangan dulu..
 
OOTD dari kejauhan pengubat rindu..Eceh!haha..
Bila tengok gambar ni, en suami cakap Macam askar pulak posing "sedia" dan "senang diri" haha.. :p  

Dua2 ni gambar paling semengah ..Kalau tak susah bebenor nak duduk diam2 depan kamera..hihi..
Anak kecil macam tu la..Aisy dah faham dah suruh senyum paling handsome tu dia renyehh sampai telinga tu..Tu pun ikut mood jugak..hihi.. 

Dah dondon2 ni harusla gigih en.suami edit nak jadikan family photo..haha..
 

Syahdu di pagi raya..papa kena kerja nak bagi mama duit raya lebih...eh!..
Next year kira beraya sama-sama.

Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir & Batin..
0-0 yer.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015