Monday 30 September 2013

Vaksin Pneumococcal untuk anak

Alhamdulillah dah selesai Dos 3 Vaksin Pneumococcal untuk Aisy. Mama doa aisy membesar dengan sihat..Amin...Bawa Aisy pergi cucuk ni hari sabtu sebelum pergi I-city...Pergi time weekend memang ramai sangat orang..Pergi jumpa Dr Afifah KPMC..Memang best sangat setiap kali check-up dengan dr Afifah..Penerangan dia sangat detail, baik dan peramah orangnya..Tak macam sesetengah Dr yang macam acuh tak acuh..hurm! *Jangan nak setap pulak..Eh!*

Kat bawah ni mama Aisy nak kongsi sikit info serba sikit tentang vaksin pneumococal..



  Aisy sampai tertidur tunggu lama sangat..Zzzzzzzzz!


Sambil duduk pun boleh tertidur..Letih sangat la tu..Sedap pulak dengan air-con tu..


**Ehsan Google**

Imunisasi Tambahan – Pneumococcal

Imunisasi Pneumococal adalah salah satu daripada 2 imunisasi tambahan (pilihan).

Apakah penyakit Pneumococcal?

* adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae, atau lebih dikenali pneumococcus.
* satu kumpulan jangkitan berbahaya yang terjadi selalunya kepada kanak2, terutamanya umur bawah 2 tahun.
* bakteria pneumococcus boleh menyebabkan meningitis (jangkitan saraf otak atau saraf tunjang), pneumonia (jangkitan paru2), bacteraemia (jangkitan darah) dan juga otitis media (jangkitan pada tengah telinga).

Apakah penyakit2 ini?

Meningitis (jangkitan saraf otak atau saraf tunjang)

* boleh menyebabkan kecacatan serius atau kadang2 kecacatan kekal pada pendengaran, lumpuh, cacat otak, dan kematian.
* simptom : demam, lethargy atau drowsiness, muntah2, dan kejang leher atau kaki.

Bacteraemia (jangkitan darah)

* terjadfi apabila bacteria memasuki aliran darah dan meyebabkan jangkitan pada darah.
* boleh juga menjadi meningitis
* simptom : demam, gatal2 dan sesak nafas (nafas laju)

Pneumonia (jangkitan paru2)

* simptom : batuk, sesak dada, kahak, demam dan gigil
* diagnosis dan perubatan awal amat penting

Otitis media (jangkitan tengah telinga)

* Simptom : gatal telinga, demam dan selalu menarik telinga

Seriuskah penyakit Pneumococcal ini?

* Penyakit Pneumococcal boleh menjadi amat serius, dan boleh menyebabkan pekak kekal, cacat otak dan kematian.
* penyakit Pneumococcal boleh menjejaskan kualiti hidup kanak2 dan juga seluruh keluarga. Cuba fikirkan masa terpaksa dihabiskan menjaga nak yang sakit, lawatan ke doktor, cuti dari kerja. Jika memerlukan rawatan di hospital, beban akan lebih bertambah.

Saturday 28 September 2013

Aisy Minum guna straw


Amboi dah jadi mak mak ni semua excited dgn perkembangan anak2 kan. Termasuklah mama aisy ni. Saya perasan aisy ni susah sgt nak minum air masak. Mmg dia tak suka. Last month saya belikan botol little bean yg ada straw untuk isi air masak. 1st time bagi aisy guna mmg dia gigit je straw than dia campak botol tu. Hari ni saje la try bagi aisy guna. Alhamdulillah dia dah pandai guna straw. Dan semestinya sambil2 gigit straw tu.haha. Happy nya at least air nak jugak minum air masak. Good job aisy.



BBQ Raya Rumah Mak pulak

Cerita raya tak habis lagi..Ni cerita BBQ rumah mak pulak..Macam-macam cabaran nak BBQ ni pun...En.suami Salah beli arang.. punyala susah nak lekatkan api..Last2 adik ipar beli arang baru..Barulah api naik elok..Adoinyepun..Masa ni jemput mama, ayah dan adik join jugak....Boleh la diorang beraya rumah mak dan pak sekali..Tapi lepas isyak baru diorang datang...

 

Zarif,Adik ipar..Pakar BBQ..Orang kuat ni..Gigih dia..


En.suami yang gigih nak lekatkn api..2 jam jugak la..Salahkan arang tu..Bukan salah abang pun..eh! Masa ni zarif beraya rumah kawan dia lagi..hihi..Tu yang en.suami terkapai-kapai..haha..
Unik tak pemanggang BBQ buatan en.suami??..haha.


 En.suami mula-mula excited membakar..Lepas tu pas kat zarif..Dia bos bagi arahan je..Zarif layankan aje..Masa ni mama dan ayah dah sampai..


Uols tengok..i is melantak ja kerjanya..Masa ni mak masak mee udang juga..Gado-gado pun ada..Terbaik noks! Gamabr ni nampak macam gems je..Salahkan kamera..Eh!

Thursday 26 September 2013

JJCM @ Ani Sup Utara Bangi



Dulu masa kerja kat Shah Alam selalu sangat repeat makan kat sini..
Kalau kat Shah Alam Ani Sup Utara ni ada di Seksyen 7 dan Plaza Alam Sentral. 
Kalau datang sini mesti order samada nasi ayam, moi sup dan set nasi dan sup..
Memang kategori sup tu memang feveret mama Aisy la..hihi..
Bila dah pindah Kajang ni memang tak da jumpa pun Restoran ni area Kajang. 

Sekali hari tu masa tengah drive kereta masa nak lunch kat area ofis baru
barulah terperasan ada Ani Sup Utara kat Bangi.. 
Lompat bintang la..Ketap-ketap bibir nak terjah..haha..
Bulan ni ja dah 3x repeat makan kat sana..haha..


Masa ni makan dengan en.suami..Macam biasa air order sirap bandung..
En.suami mana2 pun tea o ais je dia akan order,,hihi,,
Kami pilih set nasi dan sup daging..
Ada juga dapat sambal dan telur masin.
Makan pulak dengan sambal kicap..pergh..meletup uols..hihi..

Actually set tu termasuk dengan air..
Tapi pilihan air samada tea @ sirap..
Memang berbaloi-baloi..
Harga untuk set daging ni RM5.80 je..
Baru-baru ni pergi tambah kentang goreng..
Makan panas2 rangup..Memang sengkak perut.. ..

Wednesday 25 September 2013

Steamboat & BBQ Raya di rumah mama



Kat atas ni segala ayam , daging n seafood
Mama masak guna pemanggang ajaib ja..Sedap sangat..

Masa balik hari raya hari tu ada cakap dekat mama nak makan steamboat..
Ingat nak ajak satu family pergi steamboat dekat perlis ..
Sekali masa raya ke- 4 malam balik rumah mama..
Mama buat steamboat kat rumah..Siap dengan BBQ lagi..
Waaaaaa,,Terima kasih mama..



Seafood

Kuah tomyan dan sup..Dalam sup tu ada tulang lagi..
Sayur, fish ball, sosej..Macam kat kedai la..
Memang terbaik..Malam tu memang kami makan sampai ketat seluar..hihi..
Malam sebelum tu pulak berBBQ rumah mertua..
Memang tak bagi chance perut nak berehat..haha..
Lepas cuti raya dah habis terus puasa sunat ..Insaf!
Berat naik tak yah cerita la..k bye.

Monday 23 September 2013

13 month: Muhammad Aisy Iskandar

- Aisy dah berjalan
- Gigi dah ada 4 batang. On the way nak tumbuh lagi sebatang kat bawah.yeah!
- Dah pandai nak suap makan sendiri. Tapi bersepah masyaallah.
- Dah pandai salam /cium tangan
- Dah pandai bye bye
- Suka keluar jalan-jalan. Excited sangat kalau dapat keluar rumah
- Suka tolong mama berkemas
- Dah boleh sebut mama, papa, anak (tak nak), anahh (panas)
- Dah pandai tunjuk sesuatu
- Suka makan roti, Tak suka dengan air masak, Grrr gigih nak bagi dia minum air masak.
- Kurang selera makan sejak demam baru ni
- Sangat manja dengan papa.
- Lebih tertarik dekat lelaki kalau orang luar or sedara mara.
- Pandai berkawan. Jumpa member dalam lif sengih2 sambil usya pelik.hihi
- Dah cerdik tau kena tinggal. Contoh bila papa nak pergi kerja, aisy awal2 lagi mintak dukung. Bila papa dah dukung laju ja tangan bye bye kat mama. Amboi.

Saturday 21 September 2013

Resepi Lontong Sedap

Saya adalah pengemar lontong..Kalau time raya dapatlah makan lontong ni..haha..Dah kata suka..Tak reti-reti nak masak sendiri..kiki..Baiklah memang dah lama sangat nak try buat lontong sendiri.Akhirnya pagi ni berjaya juga buat..Semangat bangun awal nak buat lontong..hihi....3x beri barang baru dapat buat lontong ni..Asyik ada je bahan yangterlupa nak beli..Resepi macam biasa google ja..Rujuk kat SINI>>Credit Blog Dapur Tanpa Sempadan.. Alhamdulillah lontong ni memang menjadi..Sedap sangat..TQ Mat Gebu..


*Resepi ni Copy Paste*
KUAH LONTONG

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 tangkai kacang panjang, hiris serong *Tak letak
2 keping tauhu, dipotong kiub (nak goreng sedikit pun boleh, tapi cm tak goreng) *tak letak~
50 gram fucuk @ tauhu kering, potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang lobak merah saiz sederhana, dipotong seperti anak mancis
1 biji sengkuang saiz kecil, dipotong seperti anak mancis *Tak letak~
3 keping tempe, dipotong kiub
1/4 bahagian kobis bulat, dihiris kecil
1 biji kentang saiz besar, kupas dan potong seperti anak mancis
1200 ml santan cair
400 ml pati santan *saya guna santan kotak cap ayam je*
Air jika perlu
1 cekak soo hoon, kerat pendek
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 kiub pati ikan bilis
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 ulas bawang putih
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan


BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-)

Nasi impit @ ketupat
Serunding
Sambal tumis @ sambal kacang
Telur rebus, dibelah dua


CARA MEMBUATNYA :-)
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Masukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk (toskan). Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
  • Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus....
  • Soo hoon tak perlu direndam, anda cuma perlu lalukan dibawah air paip sebelum anda masukkan ke dalam sayur lodeh. Masak dengan api sederhana hingga soo hoon kembang, tips ini akan membuat sayur lodeh anda lebih pekat....

SERUNDING IKAN BILIS..... *Saya tak buat pun sebab tak cukup bahan*

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
3 cawan kelapa parut (pilih kelapa yang muda sikit)*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*gaul rata)
2 camca teh jus asam jawa
3 helai daun limau purut
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
4 batang serai, hiris halus
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Goreng tanpa minyak kelapa tadi hingga suam, angkat dan sejukkan. Ikan bilis ditoskan, perah dan tumbuk halus. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar halus dan masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  • Masukkan jus asam jawa, sedikit garam dan gula secukup rasa (selalunya serunding sedikit manis). Kacau rata dan bila pekat, masukkan kelapa tadi. Tambah daun limau purut, kacau rata dan masak dengan api kecil hingga serunding berderai (tapi tidak terlalu kering). Rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sejuk sebelum disimpan..
SAMBAL IKAN BILIS.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1 biji bawang besar, hiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  • Tambah gula dan garam secukup rasa, masukkan hirisan bawang besar. Toskan ikan bilis, perah dan masukkan ke dalam sambal, tambah sedikit air. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api..

Wednesday 18 September 2013

Open House Aidilfitri 2013


Sori la mama Aisy ketinggalan keretapi ni..
Baru nak cerita pasal Open house..
Hujung minggu pertama raya tu member-member ofis
cakap nak datang beraya di rumah..
So mama Aisy on je..Tapi fikir-fikir juga nak masak apa..
Papa Aisy pulak kena kerja hari tu,.
Terus rojer adik suruh datang rumah weekend tu sebab nak tolong jaga Aisy..
So saya decide nak buat spegethi je..Mudah dan simple..
Petang jummat tu ajak en.suami beli barang semua..

Dah alang-alang member ofis nak datang..
Saya rojer jugak la member terdekat datang rumah..
Neves juga sebab 1st time ajak ramai tetamu ..hihi..
Alhamdulillah kebanyakkan yang dijemput datang dan
puas makan walaupun kena berhimpit-himpit di teratak kecil kami...
Juadah hari tu kuih raya, kek lapis, spagethi, koktel buah, nugget n sosej..
Simple jer kan..hihi...

Insyaallah next year kalau ada rezeki boleh buat lagi dan
jemput group gojes mom pulak..


Tuesday 17 September 2013

Baju Raya Aisy 2013

Tahun ni tahun ke-2 Aisy beraya..Masa raya tahun lepas, umur Aisy tak sampai pun sebulan lagi..Baju raya waktu tu non-ador..Pakaikan je baju yang ada sebab waktu tu Aisy baby lagi...Walaupun baju raya tak der time tu, duit raya tetap dikutip..eh! .

Untuk tahun ni saya belikan sepasang je baju melayu. Tema raya pertama adalah Purple.So saya belikan baju melayu purple untuk raya pertama je..Beli sekali dengan geng gojes mom..Beli secara pukal.. dapatlah harga murah..Baju melayu tu siap ada sampin lagi.. tapi sedihnya sampin tu terlampau kecil untuk Aisy..Tapi baju muat elok lah..Jadi mama aisy simpan je sampin tu untuk adik aisy nanti..eh lagi! .Mengadu dekat tok ani sampin tak muat. Sekali  tok ani belikan pulak sampin..hehe..Terima kasih tok ani..Lepas tu tok Siah call pulak tanya nak baju melayu warna apa untuk Aisy..Bincang-bincang en.suami cakap la nak yellow gold memandangkan saya dan en.suami dah shopping baju warna tu untuk raya..Seminggu lepas tu tok siah bagitau dia beli lagi sepasang warna merah..waaaaaaa 3 pasang baju melayu Aisy jadinya..Raya sakan la anak mama tahun ni yer..

Masa sehari sebelum raya tu dapat lah Aisy try baju melayu tok siah beli..Baju merah muat elok dekat Aisy..Baju gold sedikit besar..Jadi kita simpan untuk next year or raya haji ni yer..hihi..Terima kasih sangat kat tok ani dan tok siah sebab susah2 belikan untuk Aisy..


Baju melayu merah raya ke-2...
Ni je gambar yang sempat snap..haha..Tido dalam kereta on the way nak balik Kedah..


Baju kemeja ni pak su belikan..Murah rezeki Aisy tahun ni...TQ Pak cu..
Raya ke-4 on the way nak makan kenduri kawan tok ani..


Aisy di pagi raya..Mandi awal waktu ni..Subuh2 dah mandi sunat hari raya..Semangat nak pakai baju raya dah collect duit raya katanya,.hihi..

Monday 16 September 2013

Aisy di I-kidz world i-city shah alam

Weekend ni mama dan ayah dari kedah  datang rumah sebab nak tengok cucunya..Rindu katanya..hihi..Disebabkan frust last week tak dapat bawa Aisy main di Kidzonia ..Jadi saya gigih google mana lagi tempat nak bawa Aisy main-main.. Jumpa la satu port baik punya kat shah alam..
Iaitu di I-KIDZ WORLD di I-CITY Shah Alam..

RM14/weekdays per anak
RM20/weekend per anak..

Parent/Guardian adalah free boleh ikut main...
Memang rasa berbaloi sangat dengan tempat yang besar dan boleh main sampai pengsan..Unlimited..
Kiranya lepas dah bayar tu boleh boleh keluar makan lepas tu masuk balik..Asalkan simpan resitnya..
Parent pulak kalau boring boleh online sebab ada wireless free..Ada tv juga..Ada kerusi urut juga.Ada sofa..Ada majalah.best3!Boleh buat birthday party juga kat sini..

Lagi satu sekarang bulan september ada promosi untuk jadi ahli.. 
RM58/anak per year sahaja..Harga asal RM260/anak per year
Kalau 2 orang anak RM100 setahun.. Berbaloi-baloi..
Dah ada promosi ni papa aisy laju-laju register..hihi..

Memang puas sangat dapat bawa Aisy datang main kat sini.Aisy pun nampak happy sangat...
Jom layanzzz picca!

Update: Aisy dah boleh jalan..13 month finally..Good boy!


Aisy enjoy sangat main gelungsur ni...


Happy


Seronok memanjat oii..Nasib baik rumah mama tak da tangga nak..kalau tak pitam hari-hari nak membuntut..hihi


Saya dah boleh berjalan..Alhamdulillah


Masa jalan tangan tu terangkat-angkat sebab masih nak imbang badan..hihi..lawak je nengok..


Macam-macam toys kat sini..Ni wooden toys versi gergasi..hihi


Tak sempat posing..Aisy dah semangat nak masuk dalam gelung berputar ni..Sukati er bagi nama  cenggitu..


Mama ke aisy yang excited nini..Habis tersenyum nampak semua gigi


Bakal pilot in the house


Tok dan wan tengah mengurut...hihi..


Aisy tengah Imbang badan sambil jalan


Parent pun boleh join main..Macam mak cik kat atas tu la..haha


Besar sangat..Seronok budak2 main..Eh abaikan model tak berbayar sebelah tu(Adik)


Tok aisy pun nak posing wooo..


Aisy nak drive ni..Betulkan side mirror..


Colorful ball..

Lepas dah puas main..Kami bergambar kat luar tu..
I-kidz world ni tingkat 1 tau Kalau nak cam bawah tu ada Art museum & Red Carpet....Kalau dari parking tu adalah signboard kecil guide nak pergi sana,..
L-03-01, 1st floor, Block L..



Wachaaaaaaaaaaaaaa! 






Sambung mendaki 



Aisy dan wan.Waktu ni Aisy dah start meragam sebab dah penat main..tapi still nak main.grr! 

.Manja betul dia dengan wan..Nak berkepit ja dengan wan..Hari jumaat Asiy tak pergi nursery dok dengan tok dan wan..Wan siap bawa aisy teman dia minum kopi..Aisy relax n cool ja teman wan.

Lama juga lepak kat sini..Siap keluar makan..Lepas tu datang balik..Pas ni confirm datang lagi sebab dah register membership..Boleh main sampai lebam..yohoooooo!

Monday 9 September 2013

Berus gigi untuk Aisy

Gigi Aisy dah tumbuh masa 10 bulan hari tu.
Mula2 tumbuh gigi bawah 2 batang,
selang 2 minggu masa Aisy 11 bulan tumbuh pulak 2 batang gigi atas.
Cepat pulak gigi atas tumbuh. Jadi sekarang gigi Aisy dah 4 batang.

Bila dah ada gigi ni kena la ada berusnya.
Weekend hari tu belikan Aisy berus gigi extra soft untuk dia. Beli rm 3++ je.
Berus tu rasmi kat nursery dia hari ni.
Lupa pulak nak tanya teacher dia ok ke tak aisy gosok gigi. Hihi.


Harap2 aisy ok la. Weekend ni kita berus sama2 yer.hihi.

Sunday 8 September 2013

Jusco AU2, Cik Tim Beriani & VIVA

Semalam cadangnya nak bawa Aisy main-main di Kidzonia kat Jusco AU2.
Tengok masa gathering group gojes mom kat sana macam best je.
Punyala semangat tapi malangnya Kidzonia DITUTUP sementara
 sebab ada orang buat birthday party,waaaaaa, frustnya saya,Grrrrrr..!
 Pukul 330 petang baru buka balik,Memang tak la nak tunggu sampai petangkan.
En.suami pulak kena bertolak ke oustation petang tu.
Alang-alang dah kat jusco,ada la beli barang sikit2 n cuci mata.hihi.

Lepas dah beli barang,kami lunch di Cik Tim Beriani,
Ni kali ke 2 mkn kat sini. Air jagung kat sini memang terbaik.
Kami Order nasi beriani kambing.Tapi hari tu nasi beriani kambing di liat sikit arr,.huhu.
bila Perut dah kenyang,en.suami ajak balik ikut jalan KL.
 Dah lalu jln KL nun. Ajak en.suami siggah ViVA Shopping mall ,
nak cari tempat letak remote tv.haha.
Ada jumpa tapi tak berkenan pulak.huhu.
Masa ni bagi Aisy naik mainan yg masuk token tu.hihi. Best je dia benda tu gerak2. Hihi.
Tu je aktiviti sabtu.

Uols pergi  Jalan mana¿
Aisy habiskan syiling..

Sedapnya anak mama makan biskut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015